Objektif kajian bagi kerja kursus sejarah ini adalah untuk melatih softskill pelajar. Melalui kajian ini saya akan dilatih bagaimana untuk mengumpul dan maklumat merekod maklumat. Proses tersebut memerlukan pelajar menggunakan kemahiran mengenalpasti dan menyelesaikan masalah. Dalam jangka waktu menyiapkan kerja kursus ini pelajar akan menghadapi pelbagai masalah, pelajar memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyelesaikan masalah tersebut, ini dapat meningkatkan kekuatan mental pelajar.
Melalui kajian ini, saya diberikan pendedahan bagaimana peranan MPSJ/MBSA dalam mempertingkatkan semangat nasionalisme dan memperkukuh integrasi nasional bagi menjayakan harapan kerajaan bagi membentuk satu bangsa Malaysia tanpa membezakan warna kulit. Saya diamanahkan untuk mencari nilai patriotisme yang diketengahkan oleh MPSJdan peranan yang dimainkan oleh MPSJ bagi menjayakannya. kesemua nilai patriotisme dan peranan MPSJ/MBSA akan direkodkan didalam kajian ini.
kajian ini dapat menanamkan semangat patriotik dan memupuk nilai-nilai murni di dalam diri saya. Ianya membuatkan saya berbangga sebagai rakyat Malaysia, cinta akan bangsa dan negara, bersefahaman dan bermuafakat, mematuhi peraturan dan undang-undang serta tabah menghadapi cabaran.
No comments:
Post a Comment